Minggu, 19 Juni 2011

Kenali bentuk cintamu

 1. Cinta Kilat
ciri-ciri:
Mencintai sesorang itu kerana tertarik pada rupa parasnya yang menawan dan sempur serta punya susuk tubuh badan yang diidamkan oleh setiap orang didunia ini. Kebiasaannya berlaku dengan pantas dan tanpa disedari. Cinta pandangan pertama termasuk dalam jenis cinta ini.

2. Cinta Mainanciri-ciri:
Mempermainkan perasaan pasangan untuk kesenangan dan kepentingan diri. Misalnya hanya memerlukan pasangan untuk tujuan suka-suka atau pun mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang. Playboy dan playgirl dikategorikan dalam cinta jenis ini.

3. Cinta Persahabatan
ciri-ciri:
Ianya bermula dari sebuah persahabatan. Namun tanpa disedari lama kelamaan perasaan yang menyenangkan timbul antara satu sama lain. Kedua-duanya terasa seperti saling memerlukan lebih daripada seorang sahabat dan dari situlah akhirnya timbul perasaan cinta serta sayang.

4. Cinta Logik
ciri-ciri:
Cinta itu wujud apabila merasakan akan mendapat keuntungan dari kelebihan sesorang itu. Misalnya kamu menerimasi dia kerana kebijaksanaannya sebagai pelajar terbaik di Universiti. Secara tidak langsung kelebihannya itu turut membuat kamu popular.

5. Cinta Maniaciri-ciri:
Cinta yang penuh posesif, cemburu dan manja berlebihan dengan pasangannya. Baginya cinta itu adalah satu tempat bergantung dan pasangan diperlukan untuk sentiasa disisi dalam apa jua keadaan.

6. Cinta Butaciri-ciri:
Cinta yang sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada pasangannya. Paling penting adalah dapat memiliki orang yang dicintainya dan sentiasa dapat bersamanya hingga ke akhir hayat biarpun terpaksa merana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Gwe-Store